DILI: Polis Timor Leste melepaskan gas pemedih mata ketika penunjuk perasaan berhimpun bagi membantah rancangan kerajaan membeli kereta rasmi baharu untuk ahli Parlimen, yang mencetuskan kontroversi di negara antara termiskin di Asia Tenggara itu . Lebih 2,000 orang kebanyakannya pelajar daripada beberapa universiti di ibu kota Dili berkumpul berhampiran Parlimen Nasional bagi membantah rancangan membeli kereta untuk setiap daripada 65 anggota Parlimen. Perhimpunan yang bermula secara aman bertukar tegang apabila…










