PRN Sabah: BN perlu kerja keras, persiapan rapi

PRN Sabah: BN perlu kerja keras, persiapan rapi

AHMAD Maslan membuat kuih goyang pada program Jom ke Dapur di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Api-Api, di Pontian, Johor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN: Kerjasama bersama Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) Sabah kelak memberikan kelebihan jumlah kerusi ditandingi untuk UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Namun ia memerlukan kerja keras dan persiapan rapi bagi memastikan kemenangan dicapai dalam saingan melebihi tiga penjuru.

Ketua Sekretariat War Room Pusat UMNO,  Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, BN dan UMNO sememangnya bersedia menghadapi saingan lebih tiga penjuru setelah membuat keputusan menolak kerjasama dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Katanya, walaupun kerjasama dengan PH memberi kelebihan daripada segi jumlah kerusi,  namun persiapan jentera tetap perlu diperkemaskan. 

“Di Sabah, saingan tiga penjuru atau lebih adalah perkara biasa. Ada saingan sembilan, sepuluh hingga sebelas penjuru pada PRN sebelum ini,” katanya pada program Jom ke Dapur  di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Api-api di sini.

Ahmad berkata, PH dan BN mempunyai kekuatan kerana menggabungkan parti tempatan dan nasional. 

“Sekiranya orang cakap PH dan BN ini parti ‘Malaya’ itu tidak betul tetapi PH dan BN adalah parti tempatan dan nasional. Ini kerana pemimpin di Sabah merupakan orang tempatan sahaja,” ujarnya.

Jumaat lalu, Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan keputusan muktamad BN dan UMNO Sabah untuk tidak bekerjasama dengan GRS pada pilihan raya negeri berkenaan sebaliknya hanya akan bekerjasama dengan PH.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN