Polis Mumbai perketat keselamatan selepas terima ancaman bom

Polis Mumbai perketat keselamatan selepas terima ancaman bom

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUMBAI: Polis Mumbai meningkatkan tahap keselamatan selepas menerima panggilan ancaman ‘bom manusia’ untuk mencetuskan letupan besar yang boleh menggegarkan seluruh bandar.

Pihak berkuasa memaklumkan, panggilan itu diterima melalui talian bantuan trafik pada Jumaat, dengan suspek mendakwa 34 kenderaan dipasang dengan 400 kilogram bahan letupan RDX.

Menurut polis, ancaman itu dikeluarkan oleh sebuah kumpulan dikenali sebagai Lashkar-e-Jihadi, sehari sebelum perayaan Anant Chaturdashi, sekali gus mendorong langkah kawalan keselamatan diperketatkan di seluruh negeri.

Polis berkata, mesej ancaman itu turut mendakwa serangan tersebut menyasarkan untuk membunuh sehingga 10 juta orang.

Isnin lalu, seorang lelaki berusia 43 tahun ditahan kerana didakwa membuat panggilan palsu mengenai ancaman bom untuk meletupkan sebuah kereta api di daerah Thane, Maharashtra.

Polis Keretapi Api Kerajaan (GRP) berkata, suspek yang dikenal pasti sebagai Rupesh Madhukar Ranpise menghubungi talian bantuan polis sekitar pukul 4 petang pada Ahad dan memaklumkan dia menanam bom di Stesen Kereta Api Kalwa, menurut laporan agensi berita PTI.

Ogos lalu, Kuil ISKCON di kawasan Girgaon, selatan Mumbai, menerima e-mel ancaman bom yang kemudiannya disahkan palsu selepas pemeriksaan menyeluruh dilakukan di premis tersebut.

Pada 22 Ogos, pentadbiran kuil berkenaan menerima e-mel di alamat rasmi mereka yang memberi amatan mengenai letupan bom.

Bagaimanapun, polis tidak menemukan sebarang perkara mencurigakan sepanjang pemeriksaan, dan ia diklasifikasikan sebagai ancaman palsu.- AGENSI

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN