Perhimpunan Agung PBB sokong negara Palestin tanpa Hamas

Perhimpunan Agung PBB sokong negara Palestin tanpa Hamas

PAPARAN skrin menunjukkan jumlah undian negara anggota terhadap resolusi menuntut gencatan senjata di Gaza semasa UNGA di New York. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam meluluskan satu resolusi yang bertujuan menghidupkan semula penyelesaian dua negara dalam konflik Israel-Palestin tanpa penglibatan Hamas.

Resolusi itu, dikenali sebagai Deklarasi New York, diluluskan dengan 142 undi menyokong dan 10 menentang termasuk Israel dan sekutu utamanya, Amerika Syarikat (AS), manakala 12 lagi berkecuali.

Deklarasi tersebut dengan jelas mengecam Hamas dan menuntut kumpulan pejuang itu meletakkan senjata.

Walaupun Israel mengkritik badan PBB sejak hampir dua tahun kerana gagal mengecam serangan Hamas pada 7 Oktober 2023, deklarasi yang dibentang Perancis dan Arab Saudi itu tidak meninggalkan sebarang kekeliruan.

Secara rasmi digelar Deklarasi New York mengenai Penyelesaian Aman Persoalan Palestin dan Pelaksanaan Penyelesaian Dua Negara, teks tersebut menyatakan Hamas mesti membebaskan semua tebusan serta Perhimpunan Agung PBB mengutuk serangan pejuang pada 7 Oktober 2023.

Ia juga menyeru tindakan kolektif untuk menghentikan perang di Gaza, bagi mencapai penyelesaian adil, aman dan berkekalan bagi konflik Israel-Palestin berdasarkan pelaksanaan penyelesaian dua negara secara efektif.

Deklarasi yang disokong Liga Arab dan ditandatangani bersama pada Julai oleh 17 negara anggota PBB, turut melangkaui sekadar mengecam Hamas dengan berusaha untuk menghapuskan mereka sepenuhnya daripada kepemimpinan di Gaza.

“Dalam konteks mengakhiri perang di Gaza, Hamas mesti menamatkan pemerintahan di Gaza dan meletakkan senjata kepada Pihak Berkuasa Palestin (PA), dengan penglibatan dan sokongan antarabangsa sejajar matlamat menubuhkan sebuah negara Palestin yang berdaulat dan merdeka,” menurut teks itu.

Undian itu mendahului sidang kemuncak PBB yang bakal diadakan pada 22 September di New York, yang dipengerusikan bersama oleh Riyadh dan Paris, di mana Presiden Perancis, Emmanuel Macron berjanji untuk secara rasmi mengiktiraf negara Palestin.- AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×