NEW YORK: Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam meluluskan satu resolusi yang bertujuan menghidupkan semula penyelesaian dua negara dalam konflik Israel-Palestin tanpa penglibatan Hamas. Resolusi itu, dikenali sebagai Deklarasi New York, diluluskan dengan 142 undi menyokong dan 10 menentang termasuk Israel dan sekutu utamanya, Amerika Syarikat (AS), manakala 12 lagi berkecuali. Deklarasi tersebut dengan jelas mengecam Hamas dan menuntut kumpulan pejuang itu meletakkan senjata. Walaupun Israel mengkritik badan PBB…