Perarakan kereta berhias sempena Hari Keputeraan Sultan Kelantan

Perarakan kereta berhias sempena Hari Keputeraan Sultan Kelantan

TENGKU Mohamed Faziharudean Tengku Feissal (kanan) semasa sidang media sempena hari keputeraan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V yang ke-56 semasa media di Istana Balai Besar, Kota Bharu, Kelantan hari ini-UTUSAN/YATIMIN ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Perarakan kereta berhias menjadi acara yang paling dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat negeri ini sempena Hari Keputeraan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V ke-56.

Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Dr. Tengku Mohamed Faziharudean Tengku Feissal berkata, perarakan tersebut akan berlangsung pada 4 Oktober ini bermula pukul 8 malam.

“Acara sejauh dua kilometer itu akan bermula di Kompleks Kota Darulnaim sehingga Stadium Sultan Muhammad IV melibatkan penyertaan daripada semua pihak berkuasa tempatan (PBT), jabatan kerajaan dan agensi swasta.

“Perarakan kereta berhias ini merupakan acara yang dinantikan oleh rakyat berikutan sudah lebih 10 tahun ia tidak dianjurkan,” katanya pada sidang media di bilik mesyuarat pejabat Sultan Kelantan, Istana Balai Besar, di sini, hari ini.

Dr. Tengku Mohamed Faziharudean memberitahu, pihaknya menjangkakan seramai 50,000 rakyat akan memeriahkan perarakan kereta berhias itu.

Katanya, selain itu pada 1 Oktober akan berlangsung majlis taman iaitu Raja bersama rakyat di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad IV pukul 4.30 petang.

“Keesokannya pula kita akan adakan Pesta Flora Negeri Kelantan di Taman Pembandaran Tengku Anis, Tanjong Chat pada pukul 10 pagi.

“3 Oktober pula, Tuanku akan mencemar duli menunaikan solat jumaat dan jamuan bersama rakyat di Masjid At-Taqwa, Mukim Bunut Susu, Pasir Mas,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN