KUALA PILAH: Golongan penjawat awam perlu membalas perhatian dan keprihatinan kerajaan kepada mereka menerusi penyampaian perkhidmatan yang berkualiti kepada rakyat. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz berkata, perkara itu perlu menjadi keutamaan apabila Belanjawan 2026 yang akan dibentangkan bulan depan turut dijangka akan membawa berita baik kepada golongan penjawat awam. “Kita tunggu pengumuman daripada Perdana Menteri semasa ucapan belanjawan nanti dan saya yakin pasti ada…