KANGAR: Seorang penghantar barang dan mekanik masing-masing didenda RM6,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Kangar di sini hari ini atas pertuduhan mencuri kabel dalam kejadian pada Sabtu lalu. Tertuduh, Mohamad Firdaus Maula Mohd Rodzhi, 32, dan Mohammad Hasrul Akmal Roslan, 28, mengangguk faham dan membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Ana Rozana Mohd Nor. Mengikut kertas pertuduhan, kedua-dua tertuduh bersama seorang lagi yang masih bebas didakwa…