KANGAR: Seorang pembantu kebajikan masyarakat di sebuah rumah perlindungan kanak-kanak didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas sembilan pertuduhan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja perempuan pada hujung tahun lalu. Tertuduh, Muhammad Zamir Abdul Wahab, 40, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan selepas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Sharifah Norazlita Syed Salim Idid. Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan sembilan pertuduhan amang seksual fizikal bagi maksud seksual…