SEREMBAN: Pemandu pelancong di negara ini perlu menguasai sekurang-kurangnya tiga bahasa asing bagi memastikan perkhidmatan diberikan lebih berkualiti. Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing berkata, langkah itu juga penting kerana terdapat maklum balas diterima daripada pelancong yang kurang berpuas hati dengan penerangan diberikan pemandu pelancong. Katanya, ia sama ada penerangan itu terlalu ringkas atau sukar difahami kerana keterbatasan bahasa. “Sepatutnya mereka (pemandu pelancong) dapat memberi penerangan…