PORT DICKSON: Selain sebagai produk ekopelancongan, Hutan Simpan Sungai Menyala atau kini dikenali sebagai PD Forest juga menjadi pusat penyelidikan dengan plot kajian fenologi sejak tahun 1996 bagi memelihara pokok hutan bernilai tinggi di Negeri Sembilan. Pengawas Hutan Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan, Rizuan Shap, 55, berkata, fenologi merujuk kepada kajian pemantauan kitaran semula jadi tumbuhan termasuk musim berbunga dan berbuah yang membolehkan Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan mengenal pasti pokok induk…