MB, wakil rakyat PN Perlis sumbang semula bantuan SARA pada rakyat - Utusan Malaysia

MB, wakil rakyat PN Perlis sumbang semula bantuan SARA pada rakyat

ORANG memenuhi sebuah pasar raya bagi menebus SARA di Arau, Perlis.-UTUSAN/MOHD. HAFIZ ABD. MUTALIB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Menteri Besar dan semua wakil rakyat Perikatan Nasional (PN) di negeri ini menyumbang semula bantuan Penghargaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang diterima kepada rakyat memerlukan di Perlis.

Mohd. Shukri Ramli berkata, dia dan semua wakil rakyat antara telah menerima sumbangan tersebut yang diambil untuk diagihkan kembali kepada rakyat khususnya ibu tunggal.

Katanya, perkara tersebut telah diputuskan lebih awal sebelum ini.

“Bantuan SARA, YB (wakil-wakil rakyat PN) telah ambil dan agih kepada rakyat memerlukan khususnya ibu tunggal, golongan B40,” katanya di sini semalam.

Di bawah Belanjawan 2025, kerajaan menyediakan sebanyak RM2 bilion secara sekali beri untuk 22 juta penduduk dengan melibatkan warganegara berusia 18 tahun dan ke atas.

Penebusan tersebut melibatkan kira-kira 7,000 peruncit di seluruh negara antaranya Mydin, Lotus’s, Econsave dan 99 Speedmart serta kedai runcit di semua daerah seluruh negara.

Dalam perkembangan lain, Mohd. Shukri berkata, pihaknya telah menerima kunjungan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) bagi membincangkan mengenai kadar air tak berhasil (NRW).

Selain itu, katanya, perbincangan turut melibatkan program-program yang akan dilaksanakan SPAN bersama Syarikat Air Perlis (SAP).

“Kita mengambil maklum atas nasihat SPAN untuk mempercepatkan pengurangan NRW di Perlis. Kita amat berterima kasih kepada Pengerusi SPAN yang telah hadir ke negeri ini dan mengambil berat mengenai NRW yang tinggi di Perlis,” katanya.

Sebelum ini, Utusan Malaysia melaporkan, kadar tarif air bagi pengguna domestik di hampir semua negeri di semenanjung Malaysia serta Wilayah Persekutuan Labuan akan dinaikkan bermula 1 Ogos ini, susulan pewartaan struktur baharu tarif air yang diumumkan oleh SPAN.

Menerusi kadar baharu itu, Perlis menyaksikan kenaikan caj minimum daripada RM7.20 kepada RM8.80 dengan peningkatan sebanyak RM1.60.

Semakan tersebut sangat diperlukan bagi meningkatkan aktiviti penyelenggaraan aset uzur serta membaiki infrastruktur paip dan sistem agihan air usang yang mempunyai kadar kebocoran serta kehilangan air tinggi.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN