KUALA NERUS: Harga barang mentah yang tidak menentu tidak menghalang seorang wanita menjual nasi lemak pada harga RM1 sebungkus sejak tiga tahun lalu. Fatin Nabilah Ibrahim, 24, dari Kampung Padang Kemunting di sini berkata, meski keuntungan yang diperoleh kecil, dia tetap bersyukur dan yakin dengan rezekinya. Dia yang dibantu suami, Mohd. Izzat Haikal Mohd Zawawi, 26, berkata, mereka bersama-sama menyediakan nasi lemak seawal pukul 4 pagi sebelum keluar berniaga pukul…