PETALING JAYA: Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan melampau Israel yang melancarkan serangan udara ke atas Doha, Qatar, semalam. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tindakan agresif yang melampau ditujukkan Israel merupakan satu pencabulan nyata terhadap kedaulatan Qatar. Katanya, ia juga merupakan satu pelanggaran serius terhadap undang-undang antarabangsa. “Ia membahayakan nyawa orang awam secara sembrono, menyerang ibu kota berdaulat dan mengancam untuk mencetuskan ketegangan yang lebih dahsyat di rantau yang sudah…