Lelaki lari selepas rayuan ditolak mahkamah ditangkap semula - Utusan Malaysia

Lelaki lari selepas rayuan ditolak mahkamah ditangkap semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Tindakan nekad seorang lelaki melarikan diri selepas Mahkamah Tinggi di sini semalam menolak rayuannya berakhir apabila dia berjaya ditahan semula oleh pihak polis dalam tempoh singkat.

Lelaki berusia 30-an itu, yang merupakan Orang Kena Tuduh (OKT) dan masih dalam jaminan mahkamah, cuba meloloskan diri kira-kira pukul 11.00 pagi ketika diiring anggota polis menuju ke sel lokap.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Mohd. Rosdi Daud berkata, hasil kecekapan anggota bertugas OKT berkenaan berjaya ditahan semula.

Menurutnya, semasa perbicaraan mahkamah telah menolak rayuan dan mengekalkan hukuman penjara selama 24 bulan tiga sebatan.

“Semasa menuju ke lokap, OKT itu telah bertindak melarikan diri dan telah ditangkap semula. Saya ingin jelaskan video yang tular diaplikasi TikTok mengatakan bantuan lari itu tidak benar sama sekali.

“Nasihat saya kepada orang ramai supaya berhati-hati dalam berkongsi atau memuat naik sebarang kandungan di media sosial yang boleh menggugat kesejahteraan awam,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu tular video yang dimuat naik seorang pengguna TikTok memaklumkan pihak berkuasa sedang menjejak banduan melarikan dari mahkamah di Tunjong, dekat sini semalam.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN