NEW DELHI: Pihak berkuasa India mengeluarkan amaran kesihatan di negeri Kerala selepas jangkitan dan kematian akibat amoeba air jarang ditemui yang digelar ‘pemakan otak’, Naegleria fowleri, meningkat dua kali ganda berbanding tahun lalu. Setakat tahun ini, 72 kes jangkitan dan 19 kematian dilaporkan, termasuk sembilan kematian dan 24 kes pada bulan September, berbanding 36 kes dengan sembilan kematian pada tahun lalu. “Amoeba ini boleh menjangkiti otak dan merosakkan tisu otak.…










