GANGNEUNG: Kemarau luar biasa memaksa bandar pantai di Korea Selatan mengenakan sekatan air ketat, termasuk menutup tandas awam serta membatalkan acara sukan, sekali gus menonjolkan cabaran iklim yang dihadapi negara itu. Presiden Lee Jae Myung minggu lalu mengisytiharkan Gangneung sebagai kawasan bencana negara, dengan penduduk kini berdepan sekatan bekalan air. Pihak berkuasa memaklumkan, kekeringan berpanjangan memaksa 75 peratus meter air rumah ditutup, menyebabkan kira-kira 200,000 penduduk menerima tekanan air jauh…