DOHA: Perdana Menteri Qatar, Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Al Thani, menggesa masyarakat antarabangsa menghentikan sikap berat sebelah serta mengambil tindakan menghukum Israel. Kenyataan itu dibuat sehari sebelum sidang kemuncak tergempar pemimpin Arab dan Islam yang diadakan susulan serangan udara Israel ke atas pemimpin Hamas di Doha. Serangan maut itu dilakukan oleh sekutu rapat Amerika Syarikat (AS) ke atas wilayah sekutu lain mencetuskan gelombang kecaman antarabangsa, termasuk daripada Presiden AS, Donald…










