ROM: Itali menjadi negara pertama dalam Kesatuan Eropah (EU) yang meluluskan undang-undang komprehensif untuk mengawal selia penggunaan kecerdasan buatan (AI). Peraturan baharu itu bukan sahaja menetapkan garis panduan etika, malah memperuntukkan hukuman penjara terhadap penyalahgunaan teknologi, termasuk penciptaan deepfake, penipuan digital dan pencurian identiti. Kerajaan berhaluan kanan pimpinan Giorgia Meloni berkata, undang-undang tersebut digubal selaras dengan Akta AI, perintis EU adalah langkah penting dalam menentukan hala tuju teknologi tersebut di…