GAZA: Gaza City dan kawasan utara sekali lagi terputus akses internet dan talian tetap pada Khamis selepas serangan Israel merosakkan kabel serta fasiliti utama, menurut Pihak Berkuasa Telekomunikasi Palestin.
Gangguan komunikasi yang melumpuhkan hospital, pasukan pertahanan awam dan operasi bantuan kemanusiaan itu kini menjadi ciri utama perang Israel di Gaza.
Kumpulan hak asasi manusia memberi amaran ia bukan berlaku secara kebetulan, sebaliknya sebahagian dasar disengajakan untuk menyekat maklumat dari wilayah itu dan menghalang pemantauan luar.
Eero-Mediterranean Human Rights Monitor merekodkan lebih 12 gangguan komunikasi penuh sejak Oktober 2023, yang disifatkan sebagai usaha sistematik untuk ‘memadamkan lampu’ di Gaza dan menutup pencabulan.
Tentera Israel semakin agresif meneruskan serangan kejam di Gaza yang meragut lebih 65,100 nyawa rakyat Palestin sejak Oktober 2023.
Kempen ketenteraan itu memusnahkan wilayah berkenaan dan memaksa penduduk berdepan kebuluran.- ANADOLU