GAZA: Ketika negara Arab-Islam bersidang mengecam tindakan Israel terhadap Qatar, rejim Zionis terus bermaharajalela di Gaza dengan melancarkan pengeboman besar-besaran dan memulakan serangan darat ke atas Gaza City. Kempen tersebut dilancarkan selepas Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Marco Rubio, menyokong matlamat Israel untuk memusnahkan Hamas. Operasi bermula di pinggir Gaza City selepas seminggu serangan udara diperhebat, termasuk tindakan memusnahkan menara-menara tinggi di sekitar bandar itu. Pelan untuk mengambil alih dan…










