PETALING JAYA: Dewan Fesyen Antarabangsa Malaysia (IFCM) bersedia menjadi penggerak utama dalam merancakkan industri fesyen tempatan bagi mewujudkan platform bersepadu bagi pereka fesyen Malaysia menghubungkan kreativiti
Pengasas ICFM, Dr. Leena Al-Mujahed berkata, ia dapat dibuktikan menerusi kerjasama kerjasama strategik, termasuk menerusi penganjuran Modest Fashion Show & Forum dalam Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS 2025).

“Kerjasama ini sebagai titik perubahan penting untuk mempromosikan fesyen sopan sebagai warisan budaya dan menjana sektor ekonomi negara,” katanya.
Antara pereka tempatan yang tampil dalam MIHAS Modest Fashion Show ialah Arlina Ayou dengan sentuhan batik Malaysia; Bill Keith (Gurun Sahara) serta Casalwa hasil idea Datin Sharifah Salwa Syed Shafie yang menggabungkan motif bunga raya dan pakaian tradisional.
Acara ini turut dimeriahkan dengan beberapa forum dan sesi pembentangan berinformasi yang merangkumi pelbagai aspek industri fesyen seperti Forum Perniagaan Fesyen Melangkaui Sempadan, yang menampilkan penceramah dari Kraftangan Malaysia, Persatuan Fesyen Muslimah (PEFEM) dan Majlis Perniagaan Malaysia-Pakistan.
Forum ini membincangkan topik berkaitan warisan, keusahawanan serta peluang perdagangan merentas negara.
Turut diadakan ialah Sesi Sembang Santai bersama Allianz, yang memberi tumpuan kepada Fashion Risk & Operations Coverage (FROC) dengan perkongsian nasihat penting kepada perusahaan fesyen kecil dan sederhana (PKS) tentang cara melindungi perniagaan mereka daripada risiko operasi.
Dalam pada itu, Leena berkata, IFCM berhasrat mengembangkan keahlian dan peluang kerjasama untuk memperkasakan fesyen Malaysia ke pentas global. – UTUSAN