HONG KONG: Pihak berkuasa Hong Kong memindahkan kira-kira 6,000 penduduk selepas sebuah bom tinggalan Perang Dunia Kedua seberat 450 kilogram (kg) ditemui di sebuah tapak pembinaan di Quarry Bay. Polis berkata, bom berukuran 1.5 meter itu dipercayai masih berfungsi sepenuhnya, dan risiko tinggi kerja nyahaktif memaksa pelaksanaan pelan pemindahan kecemasan. Komander Daerah Polis Hong Kong, Andy Chan berkata, penduduk daripada 18 bangunan kediaman dipindahkan pada malam Jumaat, sementara kerja nyahaktif…