Gunung Lewotobi Laki-Laki meletus, abu setinggi enam kilometer

Gunung Lewotobi Laki-Laki meletus, abu setinggi enam kilometer

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Gunung Lewotobi Laki-Laki di Pulau Flores meletus beberapa kali sejak malam Jumaat, memuntahkan abu setinggi enam kilometer ke udara.

Pihak berkuasa menaikkan tahap amaran ke paras tertinggi, sekali gus menyebabkan sebuah lapangan terbang tempatan menggantungkan operasinya semalam.

Gunung berapi berkembar setinggi 1,584 meter di Pulau Flores itu meletus beberapa kali pada malam Jumaat, dengan letusan terbesar direkodkan pada pukul 10.46 malam waktu tempatan.

Menurut agensi vulkanologi Indonesia, aktiviti gunung berapi bersambung pada pagi Sabtu, dengan satu letusan memuntahkan abu setinggi 2.5 km ke udara.

Ketua Agensi Geologi, Muhammad Wafid, menasihati penduduk dan pelancong supaya tidak melakukan sebarang aktiviti dalam radius enam kilometer dari pusat letusan.

“Abu gunung berapi boleh mengganggu operasi dan laluan penerbangan jika tersebar ke kawasan lapangan terbang,” katanya.

Beliau turut mengingatkan penduduk terutama yang tinggal berhampiran sungai untuk berwaspada terhadap potensi banjir lahar dingin ketika hujan lebat.

Sementara itu, lapangan terbang Frans Seda di Maumere, yang mengendalikan penerbangan domestik, turut menggantung operasi, manakala lapangan terbang Bali dilaporkan beroperasi seperti biasa.

Julai lalu, gunung berapi tersebut memuntahkan abu setinggi 18 km, menyebabkan 24 penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Bali dibatalkan.- AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×