SHAH ALAM: Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin mengingatkan generasi muda di negara ini supaya tidak malas menuntut ilmu terutama bagi mendepani peredaran zaman yang memerlukan pengetahuan dalam pekerjaan dan kehidupan seharian. Menurut baginda, banyak ilmu kritikal lebih-lebih lagi pada zaman kini yang menuntut manusia menguasai pelbagai ilmu untuk mencapai matlamat hidup mereka. “Dunia tidak akan berubah tanpa perkembangan ilmu. Maruah dan harga diri seseorang berkait rapat dengan tahap ilmu…