Gempa bumi 7.4 skala Richter gegar Timur Jauh Russia, tiada risiko tsunami

Gempa bumi 7.4 skala Richter gegar Timur Jauh Russia, tiada risiko tsunami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Gempa bumi kuat berukuran 7.4 skala Richter menggegarkan pesisir Kamchatka di Timur Jauh Russia hari ini, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Agensi itu memaklumkan, gempa berlaku pada kedalaman 39.5 kilometer (km), kira-kira 111 km di timur bandar Petropavlovsk-Kamchatsky, pusat pentadbiran wilayah Kamchatka.

Tiada risiko gempa itu mencetuskan tsunami, menurut Pusat Amaran Tsunami Pasifik (PTWC).

Memuatkan artikel berkaitan…

Pada mulanya, PTWC memberi amaran gelombang berbahaya sehingga satu meter mungkin berlaku di sepanjang beberapa pantai Russia berdekatan.

Bagaimanpun, pusat itu kemudian mengesahkan ancaman tsunami berakhir.

Gegaran itu berlaku hanya dua bulan selepas satu gempa bumi terkuat yang pernah direkodkan melanda Semenanjung Kamchatka pada Julai lalu.

Gegaran berukuran 8.8 skala Richter itu mencetuskan tsunami setinggi empat meter merentasi Pasifik, memaksa pemindahan penduduk di Hawaii, Jepun dan negara lain.

Gempa pada Julai merupakan yang terbesar sejak 2011, apabila gegaran 9.1 skala Richter di pantai Jepun mencetuskan tsunami yang mengorbankan lebih 15,000 nyawa.

Pihak berkuasa Jepun turut mengarahkan hampir dua juta penduduk berpindah ke kawasan tinggi ketika itu.- AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×