Gempa bumi 6.2 magnitud gegar Venezuela

Gempa bumi 6.2 magnitud gegar Venezuela

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CARACAS: Gempa bumi kuat berukuran 6.2 magnitud menggegarkan bahagian barat dan utara Venezuela semalam, termasuk ibu negara Caracas, tanpa sebarang laporan awal mengenai kemalangan atau kerosakan.

Menurut Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (AS), pusat gempa terletak pada kedalaman 7.8 kilometer (km), kira-kira 24 km dari Mene Grande, bandar minyak di kawasan kurang penduduk di negeri Zulia.

Kajian Geologi Colombia mengukur gegaran pada 6.1 magnitud dan mengkategorikannya sebagai kejadian ‘kedalaman cetek’ yang turut dirasai di Colombia serta kepulauan Caribbean Aruba, Curacao dan Bonaire.

Di Venezuela, gegaran kuat tidak kerap berlaku, gempa itu menimbulkan kebimbangan di bandar-bandar termasuk Caracas dan bandar minyak, Maracaibo.

Orang ramai berpusu-pusu keluar ke jalan raya, namun tiada laporan rasmi mengenai kerosakan besar atau kecederaan.

Kerajaan masih belum membuat sebarang kenyataan mengenai kejadian itu.

Pada Julai 1997, 73 orang maut apabila gempa melanda Cariaco di negeri Sucre, timur Venezuela, dan hampir 300 orang terbunuh serta 2,000 cedera apabila Caracas digegarkan gempa pada Julai 1967.- AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN