Eda Ezrin terkejut lagu Bea Sobar Bea menang - Utusan Malaysia

Eda Ezrin terkejut lagu Bea Sobar Bea menang

DEN Manjo (kanan) bersama Eda Ezrin mencipta sejarah diangkat sebagai pemenang kategori Lagu Etnik Terbaik pada Anugerah Industri Muzik (AIM) Ke-24 kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Penyanyi wanita sohor Kelantan Eda Ezrin mengakui terkejut lagu Cinta Setandan Pisang atau Bea Sobar Bea duet bersama Den Manjo diangkat sebagai pemenang kategori Lagu Etnik Terbaik pada Anugerah Industri Muzik (AIM) Ke-24 semalam.

Bercakap kepada Utusan Malaysia
Eda Ezrin atau Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail berkata, kejayaan itu cukup mengembirakan dirinya.

“Kemenangan ni boleh angkat semua lagu-lagu dialek Kelantan ke peringkat lebih tinggi selepas ini termasuk dikir barat,” katanya.

Pada majlis tersebut, lagu ciptaan Eddie Hamid dan lirik oleh Eddie Hamid Mama Ana dan Fadil Turbo
itu berjaya menewaskan empat karya hebat lain seperti Menyantun Kasih dendangn Siti Nordiana, Magis (Datuk Seri Siti Nurhaliza), Kalam (Shiha Zikir) dan Oh Huminodun (Elica Paujin).

Hasil kemenangan, lagu yang mengangkat dialek Kelantan itu berjaya membawa pulang wang tunai berjumlah RM50,000 menerusi peruntukan Dana Kandungan Digital (DKD).

Ini merupakan kemenangan pertama lagu dialek Kelantan di pentas paling prestij dalam arena industri tanah air.

Kemenangan itu secara tidak langsung menunjukkan lagu-lagu dialek mula menepati halwa peminat seni di negara ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN