BESUT: Usaha seorang guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) menjual kuih mochi membawa pulangan lumayan apabila dia meraih jualan RM1,000 hanya dalam tempoh dua jam berniaga. Nurul Husna Amalina Mohd. Shaari, 33, berkata, idea untuk berniaga pencuci mulut itu tercetus apabila dia mahu mengisi masa lapang di samping memperoleh sumber pendapatan sampingan. “Sebagai guru KAFA saya bekerja tiga hari seminggu dan sejak dua bulan lalu saya mula buka gerai…










