SEREMBAN: Seramai 15 individu termasuk termasuk ibu kepada dua beradik yang maut akibat lemas selepas kenderaan dinaiki mengelongsor ke dalam Sungai Linggi di Tanjung Agas di Port Dickson, Khamis lalu telah diambil keterangan. Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, selain itu, keterangan juga diambil daripada saksi-saksi yang berada di tempat kejadian serta saksi yang boleh membantu siasatan. Menurutnya, siasatan masih diteruskan untuk dilengkapkan, sementara, status pengislaman kedua-dua kanak-kanak…