Belanjawan 2026: PDRM harap kerajaan perkasa logistik, AI - Utusan Malaysia

Belanjawan 2026: PDRM harap kerajaan perkasa logistik, AI

ADNAN Mat Diah menyerahkan cenderamata kepada Mohd. Khalid Ismail selepas merasmikan Perhimpunan Pegawai Awam PDRM Ke-17 Sempena Peringatan Hari Polis Ke-218 di Kota Bharu, Kelantan hari ini-UTUSAN/YATIMIN ABDULLAH.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Polis Diraja Malaysia (PDRM) berharap kerajaan dapat memberikan tumpuan kepada peningkatan kemudahan logistik dan kecerdasan buatan (AI) semasa pembentangan Belanjawan 2026 pada 10 Oktober depan.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd. Khalid Ismail berkata, kedua-dua perkara itu penting bagi memastikan penugasan anggota dalam mengawal keamanan dan keselamatan negara berada pada tahap terbaik.

“Harapan kita, sudah tentu mahu melihat kepada kemudahan logistik yang perlu dipertingkatkan daripada masa ke semasa selari dengan perubahan teknologi yang begitu dinamik.

“Kita perlu laksanakan perkara ini di seluruh peringkat samaada pegawai anggota dan kakitangan awam supaya proses itu berjalan dengan baik,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perhimpunan Pegawai Awam PDRM Ke-17 Sempena Peringatan Hari Polis Ke-218 di sini hari ini.

Hadir sama Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Datuk Dr. Adnan Mat Dian.

Belanjawan 2026 yang akan dibentangkan pada 10 Oktober depan akan terus menelusuri tiga tonggak Ekonomi Madani iaitu menaikkan siling pertumbuhan negara, meningkatkan lantai taraf hidup rakyat dan memacu pembaharuan, terutamanya tatakelola yang baik.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN