WASHINGTON: Sebuah jawatankuasa penasihat vaksin utama di Amerika Syarikat (AS) bersetuju untuk menghentikan saranan agar semua orang dewasa menerima suntikan vaksin Covid-19, sekali gus menamatkan amalan yang digunapakai sejak pandemik bermula. Jawatankuasa Penasihat Amalan Imunisasi (ACIP) turut menolak cadangan supaya vaksin Covid-19 diberikan melalui preskripsi. Dalam mesyuarat selama dua hari, panel itu menyemak semula pendirian terhadap vaksin gabungan campak, beguk, rubela dan varisela (MMRV), serta menangguhkan undian mengenai vaksin hepatitis…











