PETALING JAYA: Angka sebanyak 7,681 kes buli yang direkodkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sepanjang tahun lalu tidak mencerminkan situasi sebenar kerana banyak insiden didakwa masih tidak dilaporkan. Presiden Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB), Juhari Mohamad Nor berkata, jumlah sebenar berkemungkinan jauh lebih tinggi berikutan ramai murid takut, malu dan bimbang dikenakan tindakan balas jika membuat laporan. Katanya, keadaan itu menyebabkan wujudnya dark figure atau angka gelap yang tidak dapat…