PUTRAJAYA: Sejumlah 49,000 daripada 55,000 permohonan kewarganegaraan kini dalam penilaian kerajaan sama ada untuk diluluskan atau tidak, termasuk kes-kes tertunggak yang menunggu keputusan sejak 20 tahun lalu. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, semua permohonan termasuk baki 6,000 itu akan diselesaikan sehingga akhir tahun ini. Menurut Saifuddin, selepas beliau mengambil alih jawatan itu pada Disember 2022, jumlah permohonan ketika itu berjumlah 55,000 kes. “Masa saya mula masuk…