209 mangsa banjir di Felda Chiku berlindung di PPS

209 mangsa banjir di Felda Chiku berlindung di PPS

KEADAAN rumah penduduk di Felda Chiku, Gua Musang, Kelantan yang ditenggelami banjir petang semalam.-IHSAN PENDUDUK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Seramai 209 mangsa banjir di Felda Chiku di sini masih berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) dekat Dewan Semai Bakti Felda Chiku 2 selepas kawasan rumah mereka ditenggelami banjir susulan hujan lebat tanpa henti sejak petang semalam.

Menurut InfoBencanaJKM setakat pukul 9.30 pagi tadi kesemua mangsa terdiri daripada 48 buah keluarga.

“PPS ini mula diaktifkan malam tadi selepas penempatan penduduk mula ditenggelami banjir,” katanya.

Utusan Malaysia semalam melaporkan, hujan lebat berterusan sejak petang tadi menyebabkan kawasan Felda Chiku 1 dan Felda Chiku 2 dilanda banjir kilat sekali gus menyaksikan lebih 50 buah rumah ditenggelami air.

Seorang penduduk, Muhammad Hazim Mohd. Bakri, 25, berkata, air mula melimpah masuk ke kawasan rumah kira-kira pukul 5 petang.

“Ini adalah kejadian banjir kali kedua berlaku di Felda Chiku 2 yang membabitkan ramai penduduk. Beberapa bulan lalu keadaan banjir kilat tidak seteruk ini.

“Felda Chiku 2 sering dilanda banjir kilat sejak projek pembinaan Lingkaran Tengah Utama (LTU) dijalankan di kawasan ini,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN