BATU PAHAT: Seramai 14,016 orang pelajar kurang berkemampuan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) menerima bantuan melalui Dana UTHM Prihatin berjumlah lebih RM2 juta. Jumlah pelajar itu meningkat berbanding tahun lalu iaitu seramai 11,899 pelajar golongan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40). Bantuan diberikan adalah menerusi bantuan tunai, zakat dan dermasiswa TVET B40 termasuk pemberian komputer riba selain bantuan makanan program Ziarah Kasih, Food Bank Siswa, Sabil Al-Hikmah dan…










