SEPANG: Seorang guru sekolah menengah yang mengajar bahasa Inggeris mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini semalam atas pertuduhan menyebarkan maklumat tidak sah berkait dengan kematian pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir. Mengikut pertuduhan, Siti Hajar Alfah Sharuddin, 39, didakwa membuat kenyataan tersebut di akaun TikTok miliknya, SHA_Abrienda yang mungkin menimbulkan kegentaran awam dan boleh mendorong mana-mana orang melakukan kesalahan terhadap ketenteraman awam. Dia didakwa melakukan kenyataan tersebut yang…