YKPs perluas kempen ‘Say No To Bully’ ke Perlis - Utusan Malaysia

YKPs perluas kempen ‘Say No To Bully’ ke Perlis

TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail melancarkan kempen ‘Say No To Bully’ sejurus selepas sesi Improve Your English sempena Bengkel Jati Diri Pelajar Terbaik, Cemerlang, dan Pengawas Terpilih Sekolah Menengah Negeri Perlis Tahun 2025, di Davis Brown’s Bukit Bendera, Pulau Pinang,-UTUSAN/IZLIZAN OTHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Yayasan Kebajikan Perlis (YKPs) akan memperluaskan kempen ‘Say No To Bully’ ke negeri ini sebagai komitmen bagi membasmi budaya tersebut dalam kalangan masyarakat khususnya membabitkan golongan pelajar.

Baru-baru ini, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dengan diiringi Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan merasmikan simbolik pelancaran kempen itu dalam majlis di Pulau Pinang.

Menerusi pelancaran itu, pelajar dan orang awam telah bersama-sama mengambil inisiatif menurunkan tandatangan pada kain rentang sebagai tanda sokongan atas usaha bagi menangani budaya buli.

Ketua Pegawai Eksekutif  YKPs, Affendi Rajini Khan berkata, kempen itu akan diperluaskan ke negeri ini dalam usaha mengumpulkan sebanyak 10,000 tandatangan daripada golongan pelajar dan orang awam.

“Kempen ini juga adalah bagi mewujudkan kesedaran dalam kalangan masyarakat dan ia akan diperluaskan. Ia sebagai usaha untuk menangani budaya buli ini,” katanya ketika ditemui, di sini, hari ini.

Bagi pelaksanaan itu, Affendi berkata, YKPs turut bekerjasama dengan beberapa agensi antaranya seperti Jabatan Pendidikan negeri, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP).

Ujarnya, langkah yang dilaksanakan itu juga merupakan sebahagian usaha dalam memastikan negeri ini mencapai sifar kes buli khususnya dalam kalangan pelajar.

“Kita juga akan cuba sehabis baik dalam melaksanakan kempen ini bagi memberi kesedaran kepada masyarakat tentang ancaman budaya buli ini,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN