NARATHIWAT (THAILAND): Kicauan burung merbuk dipanggil Madu Tiga milik seorang tukang emas dari Kelantan berjaya memikat hati juri sehingga merangkul kejuaraan kategori utama Pertandingan Suara Burung Ketitir Nasional Selatan Thai yang berlangsung di Belukasamo, Bacho, di sini kelmarin. Kemenangan itu menyaksikan Ismail Hassan, 67, membawa pulang piala dan kipas angin setelah diumum juara Kategori Suara A. Katanya, bukan wang tunai yang diburu tetapi diakui sebagai burung merbuk yang memiliki suara…