SUNGAI PETANI: Ketika rakan seusianya ramai yang terlantar di atas katil kerana sakit tua, Che Saad Nordin, 75, masih mampu memandu kenderaan sama ada untuk jarak dekat atau ketika mempunyai urusan di luar daerah. Jika tidak mempunyai urusan keluarga pula, dia akan memandu seorang diri dari rumahnya di Padang Serai ke pekan Baling sejauh kira-kira 40 kilometer setiap hari untuk minum pagi dan berjumpa rakan-rakannya. Malah dengan tahap kesihatan yang…