‘Saya menggigil takut terima panggilan suami cedera ditikam’

‘Saya menggigil takut terima panggilan suami cedera ditikam’

AYOB Khan Mydin Pitchay beramah mesra dengan anak-anak kepada Korperal Mohd. Nadzri di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Cheras, Kuala Lumpur hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: “Saya menggigil takut apabila terima panggilan daripada pihak hospital memaklumkan suami cedera ditikam.”

Demikian kata Nurfazliana Osman, 35, isteri kepada anggota polis, Koperal Mohd. Nadzri Sudirman yang cedera ditikam di bahagian perut oleh penagih dadah di Pasar Pudu, di sini, kelmarin.

Ibu kepada dua cahaya mata itu berkata, dia menerima panggilan daripada pihak hospital kira-kira 1 petang yang memaklumkan suaminya cedera ditikam serta perlu dibedah segera. 

“Saya sangat terkejut dan badan menggigil ketakutan apabila dimaklumkan keadaan suami yang cedera ditikam.  

“Suami perlu dibedah untuk buang ususnya yang terkoyak dan hospital memerlukan persetujuan saya sebelum saya dibawa ke sana menaiki kenderaan polis,” katanya.

Dia ditemui pemberita selepas lawatan Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Cheras di sini, hari ini.

Menceritakan lanjut, Nurfazliana yang menetap di Kuarters Balai Polis Pudu berkata, suaminya menjalani pembedahan selama lima jam sebelum dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Kardiotorasik (CICU) untuk pemantauan lanjut.

Jelasnya, keadaan suaminya ketika ini semakin stabil namun masih lemah dan memerlukan rawatan rapi daripada pihak hospital.

“Walaupun saya sedia tahu risiko serta cabaran anggota polis semasa bertugas tetapi sebagai isteri tetap ada rasa bimbang serta takut. 

“Saya tidak pasti berapa lama lagi suami akan berada di hospital. Anak-anak yang berusia 11 dan tujuh tahun juga tahu keadaan ayahnya malah mereka lebih tenang berbanding saya,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira 12 tengah hari, Khamis lalu, Mohd. Nadzri, 35, yang juga anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) sedang melakukan tugas rondaan cegah jenayah berhampiran Pasar Pudu di sini. 

Anggota itu kemudian menahan suspek berusia 56 tahun untuk pemeriksaan sebelum dia ditikam di bahagian perut dengan menggunakan pisau.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×