RMK13: KWSP teliti cadangan bayar pencen bulanan 

RMK13: KWSP teliti cadangan bayar pencen bulanan 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengambil maklum pertimbangan kerajaan di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) untuk memperkenalkan skim bayaran pencen secara bulanan bagi ahlinya.

KWSP memaklumkan, cadangan itu sedang diteliti dan sebarang keputusan hanya akan dibuat selepas sesi libat urus secara menyeluruh diadakan dengan pihak berkepentingan.

Menurutnya, keputusan juga akan dibuat selepas pertimbangan sewajarnya terhadap kepentingan jangka panjang ahli.

“Buat masa ini, peraturan dan mekanisme pengeluaran KWSP kekal seperti sedia ada dan sebarang maklumat lanjut akan dimaklumkan melalui saluran rasmi dari semasa ke semasa,” katanya dalam kenyataan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN