PRN Sabah: Parti baharu sukar menang, lawan lebih 5 penjuru

PRN Sabah: Parti baharu sukar menang, lawan lebih 5 penjuru

ALIAKBAR GULASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kehadiran pelbagai parti baharu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dijangka tidak memberi impak besar malah ia hanya menyebabkan pertembungan lebih lima penjuru hampir di semua kawasan Dewan Undangan Ne­geri (DUN).

Naib Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Dr. Aliakbar Gulasan berkata, situasi politik ketika ini menunjukkan sukar untuk dielakkan pertandingan tiga penjuru, malah sebahagian besar kawasan berkemungkinan menyaksikan lebih daripada lima penjuru.

“Adalah sukar untuk mengelak pertandingan tiga penjuru, malah saya jangkakan sebahagian besar kawasan akan menyaksikan lebih lima penjuru.

“Selain parti-parti dominan seperti PN, Barisan Nasional (BN), Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Pakatan Harapan (PH) dan Wari­san, kita juga lihat kemunculan beberapa parti baharu seperti Parti Perjuangan Rakyat, Parti Impian, Parti Rumpun serta calon-calon bebas,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Tambah beliau, parti-parti ba­haru berdepan cabaran besar kerana majoriti pengundi Sabah lazimnya akan membuat pilihan dalam kalangan parti-parti yang sudah dikenali dan mempunyai rekod perkhidmatan.

“Sebahagian besar pengundi akan kekal fokus kepada dua atau tiga parti dominan sahaja.

“Jadi saya jangka parti-parti baharu sukar untuk menang sebarag kerusi, terutama dalam suasana persaingan yang terlalu sesak,” katanya.

Sementara itu, mengenai calon Ketua Menteri mewakili PN dalam PRN akan datang, Aliakbar menjelaskan bahawa perkara tersebut belum diputuskan oleh kepimpinan gabungan itu.

“Parti belum putuskan lagi siapa calon Ketua Menteri atau poster boy kerana kita masih meneliti beberapa kerusi utama.

“Keputusan hanya akan dibuat selepas pembubaran Dewan Undangan Negeri,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN