PETALING JAYA: Sebanyak 14 buah syarikat yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika ini berkaitan sindiket penyeludupan tembakau, rokok dan cerut didapati mempunyai lesen sah mengimport rokok. Menurut sumber, siasatan Op Sikaro masih berjalan dan antara yang dirakam keterangan itu termasuklah pengarah syarikat dan wakil syarikat. “Setakat penggeledahan dan serbuan yang dibuat juga tiada keterangan yang menjurus kepada penggunaan setem palsu namun siasatan masih berjalan,” katanya kepada Utusan Malaysia…