KUALA SELANGOR: Memorandum terperinci cadangan pengharaman rokok elektronik atau vape dijangka dibentangkan kepada jemaah menteri selewat-lewatnya hujung tahun ini. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, laporan awal mengenai cadangan itu sudah pun dibentangkannya dalam mesyuarat Kabinet semalam dan kini jawatankuasa kepakaran kementeriannya sedang melengkapkan laporan penuh sebelum diserahkan semula bagi pertimbangan kerajaan. “Selewat-lewatnya kita jangkakan pembentangan memorandum penuh dapat dibuat sebelum hujung tahun ini. “Selepas itu, baru keputusan…