Masri Baharuddin dilantik Datuk Bandar MBS

Masri Baharuddin dilantik Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban

Masri Baharuddin mengangkat sumpah sebaik sahaja dilantik sebagai Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban (MBS) yang baharu bermula hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN : Pengarah Bahagian Pengurusan Korporat dan Strategik Jabatan Kerja Raya (JKR), Datuk Ir. Ts. Masri Baharuddin dilantik sebagai Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban (MBS) yang baharu bermula hari ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan bersetuju melantik Masri setelah semua proses pelantikan mendapat persetujuan daripada jabatan dan agensi Persekutuan berkaitan.

Menurutnya, kerajaan negeri meletakkan keyakinan penuh kepada beliau yang diharap membawa kepimpinan yang segar berteraskan kejuruteraan strategik, teknologi pintar dan tadbir urus cekal demi memperkasa perkhidmatan di bandar raya Seremban

“Kerajaan negeri juga ingin merakam penghargaan kepada Datuk Masri Razali iaitu bekas Datuk Bandar MBS yang dilantik sejak 23 Julai 2021,” katanya.

Masri merupakan anak jati Rembau, dan berpengalaman lebih 30 tahun dalam sektor kejuruteraan awam serta pengurusan strategik di JKR.

Jawatan terakhir beliau adalah
Pengarah Bahagian Pengurusan Korporat dan Strategik di JKR dan pernah menyandang jawatan Pengarah JKR Negeri Sembilan dai tahun 2019 hingga 2020.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×