SUBANG JAYA: Kemajuan teknologi tidak akan menjamin peningkatan produktiviti sekiranya ia gagal dimanfaatkan sepenuhnya. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, fenomena yang dikenali sebagai paradoks produktiviti itu membuktikan sesebuah negara boleh memiliki teknologi paling canggih, namun masih gagal memacu pertumbuhan ekonomi dan pembangunan sosial. Beliau berkata, keadaan itu boleh berlaku sekiranya ekosistem inovasi, pembangunan tenaga kerja mahir dan pelaksanaan dasar tidak dibangunkan secara seimbang. “Kita pernah lihat keadaan ini…