Malaysia Jadi Tuan Rumah Expo Kecantikan & Grooming Terbesar Asia Tenggar - Utusan Malaysia

Malaysia Jadi Tuan Rumah Expo Kecantikan & Grooming Terbesar Asia Tenggar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Industri rambut dan kecantikan di Asia Tenggara bakal menyaksikan satu lagi detik bersejarah apabila Barber Expo Asia, Salon Expo Asia dan Beauty Expo Asia 2025 digabungkan dalam satu acara mega.

Ia bakal berlangsung pada 6 hingga 8 September 2025 bertempat di Mines International Exhibition & Convention Centre (MIECC), Seri Kembangan, Selangor.

Pengarah Urusan Retrobee Global Sdn Bhd, Firdaus Aziz berkata, ekspo kali ini menjadikannya empat kali lebih besar berbanding edisi tahun lalu di Pavilion Bukit Jalil dengan  keluasan pameran luar biasa iaitu 91,000 kaki persegi.

“Apa yang menjadikan pameran ini begitu istimewa ialah penggabungan tiga acara Utama industri dalam satu lokasi, satu dewan dan satu matlamat. Gabungan ini menjadikan acara ini sebagai platform sehenti terbesar untuk pemain industri gunting rambut, salon dan kecantikan dari seluruh rantau Asia,” katanya dalam kenyataa, hari ini.

Ekspo itu dijangka dihadiri 10,000 higga 15,000 pengunjung dari lebih 15 negara dijangka hadir bersama lebih 200 jenama tempatan dan antarabangsa yang bakal mengambil bahagian.

Katanya lagi, ia bukan sekadar pameran produk dan perkhidmatan, ia adalah pentas untuk komuniti industri berkumpul, bertukar ilmu dan mencipta peluang baharu.

Sepanjang tiga hari acara, pengunjung akan disajikan dengan pelbagai aktiviti menarik seperti pertandingan Barberlympix Asia 2025, demo langsung oleh tokoh industri antarabangsa, bengkel hands-on, pertunjukan gaya rambut, sesi pendidikan dan persembahan pentas penuh gaya.

Forum Sphere juga akan menjadi tarikan utama dalam satu pentas khusus yang memfokuskan kepada perniagaan dan kerjaya yang menampilkan penceramah ternama dalam industri masing-masing.

Setiap aktiviti dirancang bukan sahaja untuk memberi hiburan, tetapi juga inspirasi dan ilmu kepada semua yang hadir, sama ada dari kalangan profesional mahu pun pencinta dunia grooming dan kecantikan, katanya.

Ekspo itu juga membawa misi untuk menaikkan lagi nama Malaysia sebagai pusat rujukan industri grooming dan kecantikan di rantau ini.

Pendaftaran booth kini telah dibuka dan ruang adalah terhad. Semua jenama yang ingin menembusi pasaran Asia dinasihatkan untuk menempah awal.

Bagi pengunjung dan peminat industri, maklumat lanjut dan pengumuman tiket akan dikemas kini melalui laman web rasmi di www.barbersalonexpo.asia dan www.beautyexpoasia.com.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN