PUTRAJAYA: Mahkamah Tinggi perlu memutuskan kesahihan Titah Adendum itu sebelum ia boleh dilaksana atau sebaliknya. Ini selepas Mahkamah Persekutuan semalam mengesahkan kewujudan Titah Adendum tersebut namun sama ada perintah tambahan itu sah atau benar (valid and true) perlu diputuskan di peringkat Mahkamah Tinggi. Perkara itu dinyatakan dalam keputusan panel tiga Hakim Mahkamah Persekutuan yang diketuai Hakim Besar Malaya, Tan Sri Hasnah Mohammed Hashim yang bersidang bersama-sama Datuk Zabariah Mohd. Yusof…









