SEOUL: Korea Selatan kini membenarkan warganegaranya menghubungi rakyat Korea Utara tanpa sekatan, jika mereka mengisytiharkannya terlebih dahulu. Menteri Penyatuan Korea Selatan, Chung Dong-young, memaklumkan menandatangani pemansuhan garis panduan kementerian yang sebelum ini mengawal pengisytiharan hubungan dengan rakyat Korea Utara bagi menghalang hubungan awam antara kedua-dua pihak. “Tindakan ini membenarkan hubungan menyeluruh di peringkat peribadi. “Hubungan bebas antara rakyat akan membolehkan persefahaman bersama, dan seterusnya membuka jalan kepada kewujudan bersama,” katanya.…










